Kempen Internet Selamat SJKC Chung Pin, Linggi
25 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 April 2026, telah berlangsung Program Kempen Internet Selamat yang telah diadakan di SJKC Chung Pin. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan selamat. Program ini memberi pendedahan mengenai risiko dalam talian seperti penipuan siber, buli siber serta perkongsian maklumat peribadi. Melalui aktiviti interaktif dan perkongsian maklumat, pelajar dididik untuk menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: